Friday, April 9, 2010

akhlak terpuji

aku sje je nk post yg pasai akhlak terpuji.. supaya kite same2 berubah ke arah kebaikan.. ni kira berdakwah la juga.. hehe... cz bese nyer aku post yg bese2 je xde pn pasai ilmu2 yg blh mmbentuk kita supaya menjadi insan yg pekerti mulia.. so, mrilah kita same2 bc ni..


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

(sekadar gambo hiasan)

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa..
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.Rancanganny a di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah

so, lpas korg baca msti korg phm bhw xde pn kwn2 yg sggp jaga ati org lain tp mgenakn lg adalah.. huhu.. (cm utzah plak.. kwang2).. so, marilah kita sama2 ambik pengajaran dr akhlak terpuji Rasulullah SAW utuk terus meniti arus perjalanan hidup ini agar ianya diberkati oleh-NYA.. amin MySpace

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
very simple person, bercita2 tinggi, independent person, suka ikut kata sendiri, xsuka dipandang rendah, suka dilihat nothing tapi berisi.. memegang kata2 "KO,Ko.. Aku, adalah aku.. jatuh bangun, hanya aku yang rasa... mahu diingat, sorg pendiam tapi riuh,sorg pemalu tapi muka seposen.. hoho