Entry kali ni still lagi aku nak bercerita tentang jodoh..
Entah la, maybe bile kita dah masuk ke alam 20-an, mesti akan pikir pasal jodoh.. and aku boleh cakap dan confident 100% kalu sapa3 yang masuk umur 20-an, tak pikir nak kawin, ia adalah mustahil..
Betul tak???
Walaupom aku ni solo, tapi impian untuk kawin dan punyer pasangan sendiri itu memang ada.. Cuma bior la mengikut adat.. bukan sekadar kapel untuk suka3 je.. kalu capel untuk suka3 je, jangan aku xyah nak capel.. buat abih masa, duit aje.. huhukk..
Await Suzanne!!
Makin serius je entry ko kali ini.. hehe
Xde la.. sebenornya, tetiba aku teringat dan terpikir pasal kata3 akak ipaq aku a.k.a kak zura..
She say
~Kalu ada orang nak kan kita, terima aja.. coz, bile kita dah balik kampung, abih study susah nak jumpa calon..~
And aku pikir
~betul ke tak erk?? Kalu betul, bila la agok3 nyer aku boleh kawin and ada family macam kengkawan sebaya yang lain.. so, jeles~
~tapi hati aku susah sangat nak terima pada sesuatu yang aku rasa aku tak suka.. contohnya, aku ungkit balik mamat yang admire kat aku tu.. die memang baik (tu orang cakap la).. pandai ngaji a.k.a baca al-quran, selalu semayang kat masjid, pemalu, jaga kata3.. kalu aku citer kat member aku yang kenal mamat ni, confirm die orang suruh terima mamat ni.. tapi kenapa ciri3 yang itu (boleh dikelaskan baik) aku susah nak terima.. sedangkan, aku rasa, orang sebegini la yang patut dan boleh dikira sebagai calon yang sesuai untuk jaga aku dan membimbing aku.. tapi kenapa, ati aku degil sangat nak terima???~
Aku selalu nasihatkan orang, mungkin jodoh tak sapa lagi.. INSYA-ALLAH, kalu jodoh kita dah sapa, macam mana pom, kita tolak atau ignore ia, ia pasti jugak milik kita.. walaupom, jodoh kita tu, orang yang kita tidak suka.. dah jodoh nama nyer.. tapi, aku pulak yang sibuk3 and tak redha., apa hal??
Maybe, aku ni tak cukup bersedia lagi kot nak berganjak ke alam berumah tangga., belum bersedia 100%.. sebab aku pernah terbaca, kalu kita dah bersedia ke alam umah tangga, insya-allh.. jodoh kita dah nak dekat..entah, aku pom xsure.. tapi aku selalu pesan, jika ia jodoh aku tepat pada waktunya, dengan restu mak ayah aku, aku terima dengan seluruh jiwa dan hidup aku.. aku akan jaga segala-galanya keperluan dia dan berusaha untuk menjadi pelengkap hidup c dia.. AMIN..
Perasaan cinta?? Tu belakang kira.. sebab orang kata, bercinta lepas kawin lebih indah dari sebelum kawin.. contohnya, kawan aku.. bercapel bertahun3 (mybe 7 years), tapi jodoh tak de and ye pom dah kawin dengan orang lain dan dah pregnant pom.. aku pom, nak jadi cam dia, sapa jodoh, kawin.. tak bercinta sebelum kawin coz cintaku hanya untuk suami ku sahaja, selain ALLAH dan my parents.. INSYA-ALLAH..
sebab
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Dan mereka berkata, hidup perlukan cinta. Agar sejahtera, aman dan bahagia. Andai tiada cinta atau pudar warnanya. Merana la jiwa, Gelap dunia
Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
p/s: k la, cukup panjang lebar entry aku kali ini untuk menjawab persoalan ati..
insya-allah kalu ada kekusutan lagi, aku akan update becoz ini kan suzanne amad world dan suzanne amad journey.. hehe
chow dulu coz nak study environmental economi.. esok exam..
paper ni aku kene fokus lebih skit cz aku kalu bab kira3 mengira ni dan berkaitan dengan math, xbape nak suka.. kalu bab terer plak, boleh la cuma malas sebab xminat.. hehe..
bye
No comments:
Post a Comment